Macamane nak setup PHP Fusion
Salam,
Macam tajuk kat atas tu, hari ni tangan daku tergerak nak buat tutorial asas untuk beginner yang nak tau asas-asas buat forum…Contoh yang dipakai ni adalah PHP Fusion versi 6.15 yang boleh didownload kat sini http://php-fusion.co.uk/downloads.php?cat_id=3&download_id=190
Sebelum tu jugak, korang kene jugak donlod Xampp atau software yang sewaktu dengannye..Tutorial asas ni akan menggunakan Xampp, yang jugak boleh di download di sini http://www.apachefriends.org/en/xampp-windows.html
ok, jom mulakan..
1- Install Xampp server yang didownload tadik (FileZilla tidak seberapa perlu) dan mulakan service untuk apache dan mysql seperti macam gamba kat bawah ni
2-Bukak IE atau pon Mozilla ataupun yang lain-lain dan sila taip http://localhost macam gamba di bawah.
3-Lepas tu, masuk ke dalam menu Security dalam page tu,ni bagi tujuan menukar password admin.
4-Lepas tukar password, balik ke menu permulaan (boleh taip kat URL atas tu localhost balik) dan pergi pulak ke menu PhpMyAdmin macam gamba dibawah. Dalam menu ni, kite boleh buat database untuk projek kite ni..kat sini daku namekan database contoh daku sebagai “percubaan“. Buat mengikut default sahaje dulu.
5-Lepas database di buat dengan berjaya, gamba seperti kat bawah ni akan kuar
6-Allrite..sebelum ape-ape, korang kene pegi masuk ke dalam folder tempat yang korang install Xampp tadi, macam daku, daku install kat dalam /computer/software/ seperti gamba di bawah ni. Kemudian, korang pegi pulak ke dalam folder htcdocs yang berada dalam folder Xampp tu tadi. Buat satu folder dengan name database korang yang tadi. Macam daku buat tadi, percubaan, so…name folder daku ialah percubaan. Lihat gamba-gamba dibawah ni.
7-Setel yang kat atas tu, sekarang korang pegi pulak ke folder yang korang simpan PHP Fusion yang di download tuh tadi. Masuk dalam folder tu, carik folder yang ade tulis php-files. Kite perlukan kandungan-kandungan yang ade dalam folder tu.
8-Sekarang copy segala jenis bende dalam folder php-files tu ke dalam folder yang dibuat dalam folder htcdocs tadi..dalam gamba kat bawah ni, daku copy sume file dalam folder php-files tu ke dalam folder “percubaan”
9-Langkah seterusnye…bukak balik IE atau Mozilla atau ape-ape browser yang lain, taip bende ni..http://localhost/percubaan/setup.php (percubaan tu mengikut name database korang k) seperti gamba di bawah ni..
10-Sekarang korang dah berhubung dengan file Fusion yang berade dalam database tu tadi…jadi screen untuk meneruskan setup PHP Fusion ni akan keluar seperti gamba di bawah
11-Sekarang isi la username dan password untuk database korang seperti mane yang korang set mase kat langkah ke-3 tadik…database name di isi dengan name database yang korang buat tadi lah..
12-Gamba di bawah ni pulak, page di mane korang nak buat akaun untuk super admin..so,letak je la ape-name korang nak…
13-Lepas korang dah buat tu, page seterusnye macam gamba di bawah ni akan keluar..sebelum korang pegi ke mainpage forum korang,pastikan korang masuk balik ke dalam folder yang korang buat dalam /Xampp/htcdocs tadi dan buang file yang bernama setup.php. Dan lepas tu, tekan la click here untuk terus ke mainpage forum korang..
14- Camni la rupe mainpage PHP Fusion ni…ape lagi,log in la masuk menggunakan akaun super admin yang korang buat tadi…
15- Tadaaaaa…siap dah..untuk yang lain-lain tuh, korang rajin-rajin lah jelajah dalam menu admin panel PHP Fusion ni..macam-macam ada tau..
Ok..takat situ lah daku leh ajarkan..yang ni asas kepada pembinaan sebuah portal forum. Langkah-langkah yang lebih kurang same jugak dipraktikkan untuk Drupal, Joomla dan lain-lain. Kalau ade pape, bincanglah kat sini..daku pon bukan mahir sangat senarnye..saje je nak test power buat tutorial asas PHP Fusion ni. Daku minta maaf kalau tutorial ni nampak cam tak lengkap, sebab daku bukannye expert sangat bende-bende ni..tutorial ni khas untuk orang-orang yang macam daku, baru nak mengenal dunia forum =)
Selamat beramal dengan tutorial di atas. Thank You and come again. =)



















